Ibu maut, kereta dipandu anak rempuh pokok

Keadaan kereta dinaiki mangsa selepas merempuh sebatang pokok di Kelulut, pagi tadi. (Gambar kecil:Kamarul Hayati Mohd Yusoff)
Keadaan kereta dinaiki mangsa selepas merempuh sebatang pokok di Kelulut, pagi tadi. (Gambar kecil:Kamarul Hayati Mohd Yusoff)
A
A
A

MARANG - Seorang wanita maut, manakala anak lelakinya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas di kilometer 23, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira kira jam 1.15 pagi, mangsa, Kamarul Hayati Mohd Yusoff, 56, dalam perjalanan ke Dungun dan beralamat dari Ketereh, Kelantan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta Nissan Almera dipandu anak mangsa, Mohd Syah Al Hazeem Mohd, 23, hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh sebatang pokok.

Menurut sumber, pemandu kenderaan itu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.

"Manakala ibunya juga merupakan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu Kampus Dungun yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk dibedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan, berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!