Disangka pencuri, rupanya 'orang besar'

Sebuah keluarga di Kampung Bukit Pagar, Slow Mengkuang, Kuala Krai terkejut apabila rumah milik saudara mereka yang awalnya disangka dipecah masuk pencuri rupa-rupanya didatangi seekor gajah atau 'orang besar' pada Khamis.
Sebuah keluarga di Kampung Bukit Pagar, Slow Mengkuang, Kuala Krai terkejut apabila rumah milik saudara mereka yang awalnya disangka dipecah masuk pencuri rupa-rupanya didatangi seekor gajah atau 'orang besar' pada Khamis.
A
A
A

KUALA KRAI - Sebuah keluarga di Kampung Bukit Pagar, Slow Mengkuang di sini terkejut apabila rumah milik saudara mereka yang awalnya disangka dipecah masuk pencuri rupa-rupanya didatangi seekor gajah atau 'orang besar' pada Khamis.

Kejadian jam 2 pagi itu berlaku, selepas Aziz Mamat, 51, memeriksa kawasan rumah tersebut selepas mendengar bunyi yang mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan, saya, isteri dan lima anak tidak menyangka kelibat yang dilihat ialah 'orang besar'.

"Nasib baik kediaman kami berpagar, jadi gajah tersebut tidak dapat memasuki ke pekarangan rumah.

"Kalau tidak tragedi November lalu akan berulang apabila pagar serta kereta kemek disebabkan oleh serangan haiwan liar tersebut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurutnya, kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku pada tahun ini.

Ujarnya, kali terakhir gajah berkunjung ke kediaman mereka pada 2021 lalu.

Aziz memberitahu, bagaimanapun rumah saudara mereka yang tidak berpenghuni itu rosak teruk apabila pagar dirobohkan, cermin tingkap dipecahkan.

Artikel Berkaitan:

"Kami sudah membuat laporan kepada Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan mereka sudah datang ke kawasan rumah untuk tujuan pemeriksaan.

"Menurut mereka, gajah tersebut dipercayai tersesat dan keluar dari kumpulannya," katanya.

Menurutnya, mereka serta penghuni lebih 25 buah rumah di kampung tersebut kini hidup dalam berjaga-jaga serta ketakutan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!