Banjir di Kelantan semakin pulih

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah kembali normal. - Foto APM
Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah kembali normal. - Foto APM
A
A
A

PASIR MAS - Situasi banjir yang melanda negeri ini sejak minggu lalu semakin pulih apabila seramai 1,175 orang mangsa banjir masih berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas, pada Jumaat.

Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, jumlah tersebut semakin berkurangan berbanding 1,495 pada sebelah pagi.

"Empat PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, SMK Gual Periok dan SK Gual Periok.

Anggota APM Kelantan meredah banjir memantau penduduk yang masih terjejas. - Foto APM
Anggota APM Kelantan meredah banjir memantau penduduk yang masih terjejas. - Foto APM

"Alhamdulillah, cuaca makin baik dan sebelum itu dua PPS iaitu Masjid Mukim Padang Licin dan SK Kedai Tanjong telah ditutup," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, PPS SK Tok Deh menempatkan mangsa paling ramai setakat ini iaitu 559 orang.

Ujarnya, ia diikuti SK Gual Periok (249), SMK Baroh Pial (167) dan SMK Gual Periok (108).

Mohd Arif memberitahu, beberapa jalan di kawasan Rantau Panjang masih ditutup kepada semua kenderaan.

Artikel Berkaitan:

Anggota APM Kelantan melakukan lawatan serta agihan bakul makanan di kawasan yang masih ditenggelami banjir. - Foto APM
Anggota APM Kelantan melakukan lawatan serta agihan bakul makanan di kawasan yang masih ditenggelami banjir. - Foto APM

"Jalan tersebut ialah Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang (Masjid Padang Licin), Jalan SK Gual Tok Deh (berhampiran padang bola), Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah (Kampung Tersang) dan Jalan Tok Deh-Gual Periuk (Kampung Tok Deh) masih ditutup kepada semua kenderaan.

"Selain itu, Kampung Tersang, Bendang Parol (Tok Deh), Gual Mekong, Baroh Pial, Kubang Kuau, Kuin Merah, Bukit Tandak, Bawah Lembah, Gual Periok dan Kusar masih ditenggelami banjir," katanya.

Menurut beliau, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah kembali normal.

Agihan bakul makanan giat dijalankan dengan kerjasama APM Kelantan dan NGO. - Foto APM
Agihan bakul makanan giat dijalankan dengan kerjasama APM Kelantan dan NGO. - Foto APM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!