Amaran hujan berterusan di 4 negeri selama 4 hari bermula Ahad ini
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama empat hari bermula Ahad ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi, ekoran penumpuan angin yang dijangka berlaku di Timur Semenanjung.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang turut berpotensi berlaku di negeri-negeri lain pada sebelah petang hingga ke malam.
Kenyataan itu turut menasihati orang awam sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi Mycuaca bagi mendapat maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!