Stadium Nasional Bukit Jalil hujan, apa nasib padang malam ini?

Hujan mula turun di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Hujan mula turun di Stadium Nasional Bukit Jalil.
A
A
A

HUJAN mula turun di Stadium Nasional Bukit Jalil sekali gus menimbulkan kerisauan mengenai nasib padang untuk perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.

Hujan yang mula turun sekitar jam 6.15 petang tadi juga agak lebat dan dikhuatiri memberikan kesan kepada permukaan stadium yang akan menemukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC.

Permukaan padang juga tidak ditutup dengan kanvas seperti yang dilakukan seperti sebelum ini apatah lagi keadaan padang masih rosak.

Sebelum ini, Sukan Sinar melaporkan keadaan padang yang masih teruk, berpasir dan rumput kekuningan menjelang beberapa jam sebelum aksi final.

Padang tersebut mengalami kerosakan selepas berlangsungnya konsert Coldplay pada 22 November lalu.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberikan jaminan bahawa padang tersebut akan dapat dibaiki sebelum perlawanan akhir tersebut, namun sebaliknya berlaku.

PSM turut memohon maaf pada Khamis selepas keadaan padang itu tidak memuaskan selain mengakui tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaiki padang ke tahap optimum selepas konsert tersebut berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!