Motosikal terbakar dalam kemalangan

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Terusan Utama Ban Kanal Off Jalan Parit 14, di sini petang semalam.
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Terusan Utama Ban Kanal Off Jalan Parit 14, di sini petang semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebuah motosikal terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Toyota Vios di simpang tiga Jalan Terusan Utama Ban Kanal Off Jalan Parit 14 di sini petang semalam.

Bagaimanapun, penunggang motosikal Yamaha RXZ berusia 24 tahun selamat dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian berlaku apabila penunggang motosikal dari arah Sekinchan menghala ke Sungai Besar tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi sebelah kanan pintu penumpang kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun," katanya.

"Pelanggaran itu mengakibatkan penunggang motosikal terjatuh dan luka di bahagian tangan dan kaki dan kenderaannya terbakar dipercayai akibat tumpahan minyak," katanya.

Beliau memberitahu, penunggang motosikal dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!