Sah tapak kaki harimau

Tapak kaki yang disahkan milik Harimau di Felda Bukit Aping, Kota Tinggi..
Tapak kaki yang disahkan milik Harimau di Felda Bukit Aping, Kota Tinggi..
A
A
A

KOTA TINGGI - Kesan tapak kaki yang dipercayai milik haiwan liar di Felda Bukit Aping di sini, akhirnya disahkan sebagai tapak kaki harimau.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin berkata, pengesahan tapak kaki tersebut sekali gus mengesahkan aduan yang diterima daripada penduduk di sekitar kawasan berkenaan sebelum ini berasas.

"Kita sedia maklum memang berlaku kehadiran harimau di kawasan tersebut dengan tapak (kaki) yang ditemui.

“Siasatan kita mendapati tapak kaki harimau itu dalam empat kilometer dari hutan simpan di sini.

"Namun setakat ini, kita belum menemui Harimau tersebut dan ada kemungkinan ia sudah kembali ke habitat asalnya... apa pun, kita masih menjejakinya selain memantau sebarang perkembangan," katanya.

Perhilitan Johor sebelum ini giat menjalankan siasatan berhubung isu haiwan liar yang didakwa berkeliaran di Felda Bukit Aping Barat.

Siasatan tersebut dibuat susulan laporan daripada penduduk setempat selain penemuan tapak kaki yang dipercayai milik haiwan liar berkenaan.

Sementara itu Aminuddin menasihatkan orang ramai terutamanya penduduk di Felda Bukit Aping untuk segera melaporkan sebarang insiden melibatkan kesan kehadiran Harimau di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, orang ramai juga diminta agar tidak melakukan tindakan provokasi terhadap haiwan liar itu kerana dikhuatiri akan menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini.

"Setakat ini, kita menjangkakan harimau yang berkeliaran itu kemungkinan sudah kembali ke habitat asalnya.

“Bagaimanapun, kita harap orang awam buat laporan jika menemui kesan tapak atau kehadiran harimau di kawasan tersebut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!