Waspada hujan lebat di Sarawak

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada (kuning) bagi negeri Sarawak.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada (kuning) bagi negeri Sarawak.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai khususnya penduduk di Sarawak perlu berwaspada berikutan hujan lebat dijangka berlaku mulai 31 Disember 2019 hingga 2 Januari 2020.

Menerusi satu kenyataan media daripada, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini, hujan lebat berkenaan dijangka melibatkan bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.

Berikutan hujan lebat ini MET Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada (kuning) bagi negeri Sarawak.

Selain itu, angin kencang dengan kelajuan 40-50 km/jam serta ombak setinggi 3.5 meter juga dijangka berlaku di perairan Sarawak dalam tempoh tersebut," menurut kenyataan media berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!