Uganda lancar perang terhadap baju terpakai

Pada 2016, larangan sama pernah dicadangkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Afrika Timur untuk membangunkan industri domestik, namun berdepan tentangan keras Persatuan Peniaga Bandar Kampala.
Pada 2016, larangan sama pernah dicadangkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Afrika Timur untuk membangunkan industri domestik, namun berdepan tentangan keras Persatuan Peniaga Bandar Kampala.
A
A
A

KAMPALA - Selama hampir tiga dekad, pasar Owino yang sesak dan menjual barangan terpakai di ibu kota Uganda telah menjadi asas kehidupan Hadija Nakimuli yang turut menjadi sumber pendapatan untuk membesarkan 12 cahaya matanya.

Namun, larangan berpotensi dikenakan pemerintah terhadap penjualan pakaian terpakai dikhuatiri bakal mengancam ‘talian hayat’ Nakimuli dan puluhan vendor lain sepertinya.

“Bagaimana masa depan kami jika mata pencarian ini disekat,” rungut wanita berusia 62 tahun itu.

Menurut pihak berkuasa Kampala, pasar utama yang dibuka pada 1971 itu menjadi tempat mencari rezeki kira-kira 80,000 individu dan 70 peratus daripadanya adalah wanita.

Pasar Owino meriah dengan ratusan pelanggan yang sanggup melalui lorong sempit demi untuk mendapatkan tawaran murah.
Pasar Owino meriah dengan ratusan pelanggan yang sanggup melalui lorong sempit demi untuk mendapatkan tawaran murah.

“Selain pelajar, pelanggan saya juga terdiri daripada menteri dan ahli Parlimen yang meminta saya menghantar stok ke pejabat mereka,” kata Joseph Barimugaya yang menjual pakaian lelaki.

Menurut bapa kepada empat anak itu, urus niaga tersebut tidak boleh ‘diusik’ kerana banyak pihak memperoleh faedah termasuk pemerintah yang meraih hasil cukai.

Pasar berkenaan meriah dengan ratusan pelanggan yang sanggup melalui lorong sempit demi untuk mendapatkan tawaran murah.

Artikel Berkaitan:

“Kebanyakan pakaian adalah milik si mati di negara luar. Apabila orang kulit putih meninggal dunia, pakaian mereka akan dihantar ke Afrika.

“Saya mengisytiharkan perang terhadap perniagaan ini demi untuk mempromosikan pakaian tempatan,” ujar Presiden Yoweri Museveni pada Ogos lalu.

Satu daripada tiga rakyat Uganda yang berpopulasi 16 juta orang mengenakan pakaian terpakai.
Satu daripada tiga rakyat Uganda yang berpopulasi 16 juta orang mengenakan pakaian terpakai.

Di pasar tersebut, blazer jenama Pierre Cardin boleh diperoleh dengan harga AS$11 (RM51).

“Pendapatan saya sebagai seorang guru berjumlah AS$131 (RM612), sememangnya sukar untuk membeli pakaian baharu. Saya mungkin terpaksa membelanjakan kesemua gaji jika mahu berbuat demikian,” jelas Robert Twimukye, 27.

Walaupun tiada angka rasmi tersedia, Persatuan Peniaga Pakaian dan Kasut Terpakai Uganda menganggarkan satu daripada tiga rakyat negara itu yang berpopulasi 16 juta orang mengenakan pakaian terpakai.

“Semua orang suka pakaian terpakai. Hanya segelintir individu yang mampu membeli pakaian baharu,” jelas pengurus runcit Think Twice, Allan Zavuga yang mempunyai kira-kira 30 staf di tiga cawangan seluruh negara.

Tambahnya, keputusan mengharamkan perniagaan seumpama itu akan merugikan penduduk dan negara secara amnya.

Pasar utama yang dibuka pada 1971 itu menjadi tempat mencari rezeki kira-kira 80,000 individu dan 70 peratus daripadanya adalah wanita.
Pasar utama yang dibuka pada 1971 itu menjadi tempat mencari rezeki kira-kira 80,000 individu dan 70 peratus daripadanya adalah wanita.

Susulan bantahan yang semakin meningkat, pemerintah bercadang untuk meneliti isu tersebut selepas ia berhasrat menguatkuasakan larangan berkenaan pada Januari 2024.

“Kerajaan bersedia memberi insentif kepada pelabur untuk memastikan kita dapat memproses kapas bagi penghasilan pakaian yang dapat menampung permintaan pasaran,” kata jurucakap pemerintah.

Pada tahun 2016, Museveni pernah mencadangkan larangan yang sama sebagai sebahagian daripada inisiatif Afrika Timur untuk membangunkan industri domestik, namun berdepan tentangan keras Persatuan Peniaga Bandar Kampala.

Kajian oleh Agensi Amerika Syarikat (AS) untuk Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) pada 2017 mendapati kira-kira dua pertiga individu di tujuh negara Afrika Timur membeli sebahagian daripada pakaian mereka daripada pasaran terpakai.

Negara di blok tersebut yang terdiri dari Burundi, Congo, Kenya, Rwanda, Sudan Selatan dan Tanzania juga cuba menghentikan perniagaan seumpama itu dengan mengesyorkan larangan import pakaian terpakai sejak 2016.

Bagaimanapun, ia gagal dilaksanakan negara berkenaan kerana berdepan tekanan dari Washington.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!