'Saya nak ucapkan tahniah buat diri sendiri'
SHAH ALAM - Tirai 2019 diakhiri dengan seribu kemanisan dan orang ramai pasti menyambut tahan baru dengan penuh keazaman menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.
Tidak terkecuali buat gadis dikenali Hikmah Razlan, 21, apabila berasa bangga pada dirinya kerana berjaya mengharungi segala pahit manis sepanjang tahun 2019.
Menariknya siswa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, meskipun kehilangan penglihatan pada mata kirinya, ia tidak menjadi penghalang untuk dirinya berputus asa sebaliknya tanam keyakinan dalam diri untuk masa hadapan.
"Sebelum berakhir tahun ini, saya nak ucapkan tahniah buat diri sendiri! you doing well hikmah to yourself.
"Awak usaha tahan semua sakit dan sedih, awak sabar dan akhirnya awak berjaya! tahun depan usaha lagi ok," ciapnya menarik perhatian netizen.
Pada hantaran yang sama, gadis ini berkongsi, dirinya dilahirkan sedemikian dan berharap dirinya terus kuat sehingga penghujung usia.
Menyebarkan aura positif dalam kalangan netizen, postingnya sehingga kini mencecah 8,400 ciapan dan 26,400 tanda suka.
Netizen juga memuji kecantikannya malah membanjiri ruang komen dengan memberi kata-kata semangat kepada gadis tersebut.
"Setiap dugaan pasti ade hikmahnya. Apa pun semoga berjaya!, teruskan usaha dan jangan mengalah, orang yang berusaha ialah orang yang berjaya," ciap @adi_zulhelmy.
Bagi Khirul anuar Kassim pula, jika dirinya diuji sedemikian pasti dia tidak sekuat seperti mana hikmah.
"Jika saya kat tempat awak, belum tentu saya sekuat awak. Saya doakan ALLAH akan beri kamu hadiah yang tak ternilai nanti, amin," ujarnya.
@AlifShazwxn berkata, "Be strong. Tetap cantik. Pedulikan apa orang nak kata." ciapnya.
bfr end of this year, i nak cakap congrats dekat diri sendiri ! you doing well hikmah to yourself. you usaha tahan semua sakit dan sedih you sabar then tada you deserve it ! tahun depan usaha lagi ok pic.twitter.com/3XDTUcPOLl
— hik (@hikhokkkk) December 25, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!