Hanya 36 saat, Johan Ghazali tumpaskan Edgar Tabares

Johan hanya memerlukan 36 saat untuk menumpaskan Tabares dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.
Johan hanya memerlukan 36 saat untuk menumpaskan Tabares dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.
A
A
A

JAGUH muay thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar membuktikan kejaguhannya apabila menewaskan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares dalam penampilan sulungnya di pentas Primetime US, ONE Championship pada Sabtu.

Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo hanya memerlukan 36 saat untuk menumpaskan Tabares dengan pukulan ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand.

Johan melakukan serangan melalui dua tumbukan di muka dan satu di rusuk Tabares, menyaksikan lawannya itu tumbang dan tidak dapat meneruskan aksi.

@sinarharianonline Jaguh muay thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar membuktikan kejaguhannya apabila menewaskan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares dalam penampilan sulungnya di pentas Primetime US, ONE Championship pada Sabtu. Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo hanya memerlukan 36 saat untuk menumpaskan Tabares dengan pukulan ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand. Muzik: Carving a New Path daripada Artlist.io #SinarHarian#SinarTerkini#Jojo#Edgartabares#onefightnight17#Bangkok#Thailand#WBC original sound - Sinar Harian

"Minggu pertarungan yang sibuk tetapi saya bersyukur (dengan kemenangan ini).

"Alhamdullilah. Terima kasih ALLAH untuk segalanya.

"Ia menakjubkan. Saya berada di pentas besar sekarang dan ini adalah permulaan, banyak lagi pertarungan besar akan datang.

"Saya akan ambil masa saya, langkah demi langkah.

Artikel Berkaitan:

"Nama saya Johan dan dalam bahasa Melayu ia bermakna juara.

"Saya akan meneruskan misi saya untuk menjadi juara termuda One Championship Muay Thai," katanya.

Johan sebelum ini melakar sejarah apabila berjaya mendapatkan kontrak ONE Championship Thailand bernilai AS$100,000 (RM467,000), selepas menumpaskan petarung Rusia, Temirlan Bekmurzaev secara knockout (KO) dalam ONE Championship Thailand.

Pencapaian Johan menyaksikan beliau menjadi ahli sukan termuda dalam kelasnya meraih kejayaan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!