Anwar luang masa tinjau Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Anwar menyantuni orang ramai ketika menghadiri Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
Anwar menyantuni orang ramai ketika menghadiri Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Anwar yang tiba kira-kira jam 11.30 pagi disambut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Anwar melawat tapak pameran sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
Anwar melawat tapak pameran sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama

Perdana Menteri kemudian berkunjung ke reruai beberapa kementerian termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan menerima cenderahati daripada agensi-agensi di bawah KKD seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani diadakan selama tiga hari bermula semalam dengan acara kemuncaknya adalah majlis perasmian penutupan yang dijadual disempurnakan oleh Anwar, esok.

Anwar menyantuni orang ramai ketika menghadiri Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
Anwar menyantuni orang ramai ketika menghadiri Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama

Program itu bertujuan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu setiap kementerian kepada rakyat di samping meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat, melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!