Perang Palestin-Israel: Malaysia bantah AS memveto draf resolusi gencatan senjata

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia membantah sikap Amerika Syarikat (AS) yang menolak draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera antara Israel dan Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga kesal dengan sikap negara itu yang tidak mempedulikan hak kemanusiaan dan mempertahankan pembunuhan serta kezaliman terhadap rakyat Palestin termasuk anak kecil dan wanita.

“Satu dunia menempelak pembangkang tetapi masih saya kesal dan bantah sikap AS yang tidak mempedulikan hak kemanusiaan.

“Sekarang kalau kita nak menilai AS dari segi demokrasi, hak asasi dan kemanusiaan, nampaknya kita tangguh dulu.

“Bagi mewakili rakyat Malaysia, kerajaan sekeras-kerasnya mengutuk dan protes terhadap keputusan AS menolak gencatan senjata,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas hadir melawat Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

@sinarharianonline Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap tidak peduli Amerika Syarikat terhadap hak kemanusiaan rakyat Palestin apabila memveto draf resolusi bagi mendesak gencatan kemanusiaan di Gaza yang dikemukakan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). #SinarHarian#SinarTerkini#Gaza#AnwarIbrahim#PBB#AmerikaSyarikat original sound - Sinar Harian

Terdahulu AS pada Jumaat dilapor memveto draf resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk menggesa gencatan senjata segera dalam perang antara Israel dan Hamas di Gaza.

Washington mematahkan desakan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera yang diketuai oleh Ketua PBB Antonio Guterres dan negara-negara Arab.

Artikel Berkaitan:

AS menawarkan pindaan besar kepada draf itu, termasuk mengutuk serangan Hamas yang mana Israel mendakwa ia membunuh 1,200 orang dan 240 orang dijadikan tebusan.

Perdana Menteri menambah, semua pihak mesti menghentikan pembunuhan terhadap orang awam yang tidak bersalah, bayi serta wanita.

Tegas Anwar, tiada apa-apa sebab sama sekali untuk mana-mana pihak menafikan perkara tersebut. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!