Cadangan potong elaun: Guan Eng serah kepada Kabinet

Guan Eng (tengah) bercakap pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.
Guan Eng (tengah) bercakap pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyerahkan sepenuhnya kepada Kabinet untuk membuat keputusan berhubung cadangan elaun ahli politik dan menteri dipotong.

Meskipun bersetuju dengan apa jua langkah ke arah penjimatan, Guan Eng bagaimanapun berkata, perkara itu perlu dibawa ke Kabinet kerana ia melibatkan menteri dan kementerian.

"Kalau kita boleh lihat ada penjimatan itu sesuatu yang saya alukan sebagai mewakili Kementerian Kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Baik turunkan gaji menteri daripada mansuh elaun BIPK'

"Tetapi kerana ia melibatkan menteri-menteri lain atau kementerian lain, jadi saya percaya perkara ini harus diputuskan oleh Kabinet," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Festival Putrajaya Literacy in Financial Technology (LIFT) 2019 di Kompleks Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persetujuan beberapa menteri berhubung cadangan untuk memotong elaun.

Cadangan itu mula dibangkitkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang baru-baru ini susulan kontroversi melibatkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dalam kalangan penjawat awam terutama doktor, ahli farmasi serta jururawat muda.

'Kalau perlu potong, potonglah'

Artikel Berkaitan:

Rina sokong elaun menteri, ahli politik dipotong

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, beliau secara peribadi menyokong apa sahaja langkah penjimatan.

"Sebagai mewakili Kementerian Kewangan, apa sahaja penjimatan adalah sesuatu yang baik kerana saya adalah Menteri Kewangan," katanya.

Selain Syed Saddiq, cadangan itu turut disokong Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!