KPM siasat dakwaan pelajar lari dari sekolah akibat dibuli

Laporan Sinar Harian berhubung kehilangan pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras pada Khamis lalu.
Laporan Sinar Harian berhubung kehilangan pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras pada Khamis lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan dakwaan kes buli melibatkan seorang pelajar sekolah baru-baru ini, bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan segera.

KPM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil perhatian dakwaan kes buli di sekolah seperti yang dilaporkan oleh media.

"Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 dan 13 Tahun 2023, bertarikh 3 November 2023 perlu dijadikan panduan bagi menangani gejala buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan KPM,” menurut kenyataan itu.

KPM menyatakan pihaknya menyediakan empat saluran utama bagi membolehkan murid, ibu bapa dan masyarakat untuk membuat aduan mengenai kes buli dan gangguan seksual menerusi talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatsApp, e-mel adubuli@moe.gov.my dan aduan buli dalam Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Media hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun yang hilang dari kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras di sini Khamis lepas, ditemukan dalam keadaan lemah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam tadi.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak melarikan diri dari sekolah berikutan dibuli pelajar lain. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!