Pemuda autisme hilang di Papar
PAPAR - Seorang lelaki autisme dilaporkan hilang sejak 12 jam lalu di Kampung Sumbiling Mogon di sini.
Muhd Nuh Ibrahim Mohd Eddie Bahrin, 24, disedari hilang oleh ahli keluarganya pada jam 7 pagi Sabtu.
Bagaimanapun, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Roslan Osman berkata, pihaknya hanya menerima panggilan berhubung kehilangan pemuda itu pada jam 5.51 petang.
Katanya, seramai sembilan anggotanya dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Papar.
"Pasukan bomba ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pengadu memaklumkan anaknya yang juga penghidap austisme telah hilang.
"Maklumat berkaitan pencarian mangsa akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!