Penjaga rumah penampungan warga asing kena cekup
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, suspek yang berusia 39 tahun ditahan bersama 10 lelaki dan dua wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun dalam serbuan pada jam 1.30 pagi.
"Hasil soal siasat mendapati lelaki tempatan berkenaan disyaki menyediakan tempat sebagai transit untuk migran sebelum pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak diwartakan dengan bayaran antara RM2,800 hingga RM3,000 bagi setiap migran kepada tekong," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, suspek dan kesemua warga asing akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Penyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Hussin turut memberi amaran keras dan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!