Lelaki maut dihempap balak
Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa yang merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Dian Hermawan, 32.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan di lokasi pihaknya telah menjumpai mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia. Hasil siasatan awal dipercayai mangsa sedang berehat di dalam jengkaut.
"Secara tiba-tiba sebatang pokok balak telah jatuh di atas jengkaut berkenaan sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia," katanya pada Ahad.
Menurut beliau, pemeriksaan yang dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
Ujarnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Choon Foo memberitahu, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!