113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan

Pegawai polis melakukan pemeriksaan pada motosikal yang dinaiki sekumpulan mat rempit.
Pegawai polis melakukan pemeriksaan pada motosikal yang dinaiki sekumpulan mat rempit.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Tindakan sekumpulan mat rempit yang menjadikan kawasan Lebuh Raya Utara Selatan di Samagagah, Seberang Jaya di sini sebagai 'litar' untuk beradu kelajuan mengundang padah selepas mereka ditahan dalam Ops Khas Samseng Jalanan pada malam Sabtu.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan kerjasama JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT).

Menerusi kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, sebanyak 113 motosikal disita dan 334 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Sebanyak 113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan pada malam Sabtu.
Sebanyak 113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan pada malam Sabtu.

"Operasi terbabit dijalankan bagi membendung kegiatan samseng jalanan yang membahayakan pengguna jalan raya serta mengganggu ketenteraman awam.

"JSPT Bukit Aman, JSPT IPK Pulau Pinang dan BSPTD IPD SPT tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti ini dan operasi secara giat akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan samseng jalanan diminta untuk menyalurkan kepada Bilik Gerakan IPD SPT di talian 04 530 6402.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!