Gerakan Islam perlu kerja kuat, beri pencerahan kepada umat - PM

Anwar berucap pada Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) ABIM dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia di Putrajaya, malam Sabtu. - Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar berucap pada Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) ABIM dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia di Putrajaya, malam Sabtu. - Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh dalam memberi pencerahan kepada umat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di Facebook pada Ahad, beliau berkata, tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran barat yang kuat, gerakan ini perlu menumpukan pengisian dari sudut peningkatan kefahaman mendalam.

Perkara itu disampaikan Anwar pada Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Putrajaya, malam tadi.

"Susulan cabaran semasa, nahdah atau kebangkitan dengan kesedaran dan pencerdasan, menjadikan ia tanggungjawab lebih berat. Kita harus bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh memberi pencerahan kepada umat,” katanya.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan di atas kehadiran senior aktivis sezaman dengannya yang setia dengan perjuangan gerakan dakwah, pelajar dan belia pada majlis itu, yang turut dihadiri isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar merupakan bekas presiden ABIM.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!