Amanah tidak akan berpecah - Mujahid

Mujahid
Mujahid
A
A
A

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan berpecah meskipun berlaku pemilihan dalam jawatan presiden pada pemilihan, Disember ini.

Jaminan itu diberikan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berdasarkan pengalaman kepimpinan sebelum ini.

Menurutnya, tambahan pula penentuan jawatan nombor satu itu ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan utama yang dipilih anggota perwakilan.

"Tiada isu mengenainya sebab dalam kalangan 27 yang dipilih itu nanti yang akan memilih siapa yang layak untuk jadi presiden.

"Amanah pun sudah biasa (pemilihan) kerana sebelum ini, mereka pernah duduk dalam Pas, jadi tak ada yang peliklah kalau dia nak melantik (presiden) dari kalangan 27 orang itu, semuanya mengikut merit (undi)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Amanah Perak 2023 di sini pada Ahad.

Mujahid (kiri) bersama Asmuni (tengah) dalam Konvensyen Amanah Perak 2023 di Ipoh pada Ahad.
Mujahid (kiri) bersama Asmuni (tengah) dalam Konvensyen Amanah Perak 2023 di Ipoh pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Chang Lih Kang; Bendahari DAP Perak, Howard Lee Chuan How dan Setiausaha UMNO Perak, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu tidak akan kembali dipilih menerajui parti itu selepas pemilihan bulan ini.

Susulan itu, wujud dakwaan terdapat pertembungan dua kumpulan penyokong parti yang cuba mendesak sama ada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditukar dan dilantik sebagai Penasihat Amanah atau kekal menerajui parti bagi tempoh sekurang-kurangnya sepenggal lagi.

Mengenai ura-ura bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu akan dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Mujahid berkata, perkara itu di bawah kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mujahid (tengah) hadir merasmikan Konvensyen Amanah Perak 2023 di Ipoh pada Ahad.
Mujahid (tengah) hadir merasmikan Konvensyen Amanah Perak 2023 di Ipoh pada Ahad.

"Itu urusan Perdana Menteri, saya tak tahu apa, no komen," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau mengakui, Amanah dan Barisan Nasional (BN) terutama di peringkat akar umbi masih belum dapat menyesuaikan diri walaupun telah melalui tempoh setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidaklah sampai menggugat kerjasama yang dibentuk kepimpinan tertinggi di peringkat Persekutuan dan negeri.

"Sekarang ini masih malu-malu kucing, kita perlu bagi ruang dan masa (mencapai keserasian). Ini pertama kali (Amanah dan BN) 'duduk' sekali dalam kerajaan jadi memang ada sedikit gap," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!