'Enam lelaki termasuk pemerhati politik ditahan terlibat pergaduhan'

Menurut sumber, pengadu dan seorang rakannya mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri, lutut kanan dan bengkak serta lebam di tangan kiri. - Gambar hiasan
Menurut sumber, pengadu dan seorang rakannya mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri, lutut kanan dan bengkak serta lebam di tangan kiri. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai enam lelaki termasuk seorang pegawai penyelidik yang juga pemerhati politik ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Taman Midah, Cheras, pada Ahad.

Menurut sumber, ketika kejadian, pengadu dikatakan sedang makan di restoran berkenaan bersama dua rakan lain pada jam 4 pagi.

Secara tiba-tiba, datang enam lelaki yang dipercayai terus membaling kerusi yang telah disusun ke arah pengadu dan rakan-rakannya.

"Kerusi tersebut mengenai pengadu dan pemerhati politik itu kemudian terus datang menghampirinya dan memukul di kepalanya.

"Pengadu cuba mempertahankan diri dengan menepis pukulan itu. Setelah kejadian, kumpulan lelaki terbabit terus beredar," katanya kepada Awani pada Isnin.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, pengadu dan seorang rakannya mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri, lutut kanan dan bengkak serta lebam di tangan kiri.

"Pengadu mendakwa, dia dan rakan-rakannya tidak pernah bertemu atau mempunyai masalah dengan kumpulan lelaki terbabit dan mengesyaki kemungkinan mereka tersalah orang," ujarnya.

Sehubungan itu, sumber itu berkata, sekumpulan lelaki terbabit telah ditahan polis pada jam 9 malam tadi.

Artikel Berkaitan:

"Hasil siasatan awal mendapati, punca pergaduhan tersebut disebabkan provokasi politik yang melampau sehingga menyentuh soal peribadi," tambah sumber itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!