'Gencatan senjata di Gaza penting demi tamatkan pertumpahan darah'

Tedros mendesak semua negara anggota khususnya yang mempunyai pengaruh untuk bekerjasama dalam menamatkan konflik di Gaza secepat mungkin. - Foto AFP
Tedros mendesak semua negara anggota khususnya yang mempunyai pengaruh untuk bekerjasama dalam menamatkan konflik di Gaza secepat mungkin. - Foto AFP
A
A
A

GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad berkata "tanpa gencatan senjata, keamanan tidak akan wujud" ketika menyentuh mengenai situasi di Gaza.

Beliau membuat kenyataan itu semasa ucapan penutup pada sesi khas lembaga eksekutif WHO, di mana satu resolusi diterima pakai, menegaskan bahawa "semua pihak terlibat dalam konflik bersenjata mesti mematuhi kewajipan yang dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa berkaitan dengan perlindungan orang awam dan kakitangan perubatan."

Lembaga eksekutif sebulat suara menerima pakai resolusi yang membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza, menekankan keutamaan kesihatan sejagat dan peranan perkhidmatan kesihatan serta bantuan kemanusiaan ke arah perdamaian meskipun dalam situasi mencabar, lapor Agensi Anadolu.

Resolusi itu menyeru penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan "kadar segera, berterusan dan tanpa halangan," termasuk akses untuk kakitangan perubatan.

Tedros mendesak semua negara anggota khususnya yang mempunyai pengaruh untuk bekerjasama dalam menamatkan konflik di Gaza secepat mungkin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!