Hamzah tempelak Kerajaan Perpaduan
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menempelak Kerajaan Perpaduan yang dilihat panik untuk mempertahankan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat.
Menurutnya, kerajaan tidak perlu menimbulkan soal sokongan yang diterima mereka, sebaliknya memberi fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat.
“Kecoh sampai kena buat kenyataan ‘bumbung konkrit’ pasal apa? Tak payah paniklah. Kata sudah ada dua pertiga.
“Selesaikan masalah rakyat. Cakap sepanjang masa buat apa? Ini sudah masuk tahun kedua. Jangan retorik melampau-lampau.
“Masalah tahun pertama yang lepas tidak juga selesai. Ini sudah masuk tahun kedua, jangan dilambak seperti sampah yang tidak dikutip,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, menyifatkan Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini berbumbungkan atap konkrit dan sukar 'ditebuk'.
Menurutnya, bersandarkan itu juga, tiada keperluan untuk melaksanakan gabungan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan di bawah satu organisasi.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua 18 parti politik dalam kerajaan memberikan dukungan penuh kepada Anwar bukan hanya soal prinsip tetapi juga soal pelaksanaan.
@sinarharianonline Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menempelak Kerajaan Perpaduan yang dilihat panik untuk mempertahankan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Politik #DewanRakyat #KerajaanPerpaduan
Epic - DM Production
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!