'Mayat' hidup kembali sebelum majlis pengebumian

Simanach hidup kembali setelah tidak sedar diri dalam tempoh yang lama.
Simanach hidup kembali setelah tidak sedar diri dalam tempoh yang lama.
A
A
A

ODISHA - Sebuah majlis pengebumian bertukar kecoh apabila seorang lelaki disahkan meninggal dunia hidup kembali sebelum melalui proses pembakaran di Odisha, India.

Memetik Tribun News, Simanach Mallick, 55, didakwa telah meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri di sebuah ladang oleh orang kampung.

Penduduk kampung mencari Simanach yang merupakan seorang pengembala kambing kerana tidak pulang ke rumah hingga lewat malam.

Keluarganya bimbang dan meminta penduduk membantu mencari Simanach di ladang tersebut.

Setelah menemui Simanach dan membawanya ke hospital, keluarga percaya Simanach telah meninggal dunia kerana tidak sedarkan diri.

Yakin dengan berita itu, keluarga telah membawa mayat mendiang ke rumah untuk urusan pengebumian.

Namun ketika mahu menguruskan pengebumian dan pembakaran, Simanach telah bangun hingga mengejutkan tetamu yang hadir.

Penduduk termasuk keluarga semua terkejut dan berada dalam ketakutan.

Artikel Berkaitan:

Sebaik menyedari Simanach masih hidup, mereka membawa lelaki itu ke hospital untuk menerima rawatan dan doktor memberitahu, dia mengalami demam panas teruk serta tidak sedarkan diri dalam tempoh yang lama.

Kisah penuh misteri dan disifatkan luar biasa itu tular di laman sosial.

Rata-rata netizen bersyukur kerana Simanach telah sedar sebelum majlis pengebumiannya dan mendoakan kesejahteraan dirinya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!