Mayat bayi mereput dihurung lalat, petugas dipaksa tinggalkan hospital

Menerusi video dirakam wartawan rangkaian berita al Mashhad, salah satu mayat itu turut dihurung lalat dan ulat. - Foto: Agensi
Menerusi video dirakam wartawan rangkaian berita al Mashhad, salah satu mayat itu turut dihurung lalat dan ulat. - Foto: Agensi
A
A
A

GENTING GAZA - Sebuah rakaman video yang memaparkan keadaan empat mayat bayi mereput di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital al-Nasr, Genting Gaza sememangnya menyayat hati.

Tiga daripadanya masih dipasang wayar dan tiub yang bertujuan untuk memastikan mereka terus hidup.

Menerusi video dirakam wartawan rangkaian berita al Mashhad, salah satu mayat itu turut dihurung lalat dan ulat.

Siasatan wartawan tersebut mendapati petugas perubatan di kemudahan itu terpaksa meninggalkan kesemua bayi yang bergantung kepada mesin selepas diarahkan untuk berpindah oleh rejim Zionis.

Mereka menjelaskan tiada pilihan lain yang lebih selamat untuk memindahkan bayi berkenaan dari ICU.

“Keadaan begitu huru-hara. Ada bayi yang sudah meninggal dunia lebih awal juga terpaksa ditinggalkan,” menurut laporan tersebut.

Seorang doktor yang enggan identitinya didedahkan berkata, keadaan pada awal November amat teruk kerana hospital berkenaan dikepung setelah ia turut menjadi sasaran bedilan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!