PSG mahu menang aksi terakhir

Enrique - Foto Agensi
Enrique - Foto Agensi
A
A
A

PARIS Saint-Germain (PSG) mahu menamatkan aksi terakhir peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund di Jerman pada Khamis dengan nota kemenangan.

Bagi mencapai impian itu, jurulatih PSG, Luis Enrique mahu anak-anak buahnya memberi fokus terbaik untuk melakar keputusan positif.​

“Perkara yang paling penting ialah fokus kepada diri sendiri,” ujar Enrique.​

Kumpulan F menjadi tumpuan setelah berlaku pertembungan sengit apabila PSG, Newcastle dan AC Milan masing-masing berpeluang mengiringi Dortmund yang sudah layak ke pusingan kalah mati.

Namun kemenangan akan memastikan PSG bukan sahaja layak tetapi menerajui kumpulan kerana mereka kini berada di tangga kedua setelah mengutip tujuh mata, tiga mata di belakang Dortmund dan dua mata di depan Newcastle dan Milan.

“Jika menang, kami akan menamatkan saingan sebagai juara kumpulan, tetapi andai kalah, kami boleh mara ke fasa seterusnya.

“Namun ia bergantung kepada keputusan perlawanan lain. Ia sangat rumit, tetapi saya harap kami dapat memudahkannya dengan menang,” kata Enrique.

Dalam aksi pertama, PSG menewaskan Dortmund 2-0 menerusi jaringan Kylian Mbappe serta Achraf Hakimi ia memberi kelebihan buat PSG untuk mengatasi pasukan Jerman itu jika mereka menamatkan saingan dengan jumlah mata yang sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!