Rombakan Kabinet: Muka baharu, bertukar portfolio dan kementerian baharu

Anwar (kiri) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media pengumuman jemaah menteri baharu di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. - Foto: Bernama
Anwar (kiri) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media pengumuman jemaah menteri baharu di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. - Foto: Bernama
A
A
A
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini pada Selasa.

Anwar mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Berikut adalah senarai yang diumumkan:

MUKA BAHARU

Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong

Menteri Digital, Gobind Singh Deo (kementerian baharu)
Artikel Berkaitan:


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Ramanan Ramakrishnan

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan

BERTUKAR PORTFOLIO

Menteri Pertahanan ke Menteri Luar Negeri

Datuk Seri Mohamad Hasan

Menteri Pendidikan Tinggi ke Menteri Pertahanan

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Kesihatan ke Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Dr Zaliha Mustafa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) ke Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Datuk Armizan Mohd Ali

Timbalan Menteri Pendidikan ke Timbalan Menteri Kewangan

Lim Hui Ying

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan ke Timbalan Menteri Peralihan tenaga dan Daya Guna Awam

Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Datuk Arthur Joseph Kurup

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan

Datuk Aiman Athirah Sabu

Timbalan Menteri Kewangan ke Timbalan Menteri Kerja Raya

Datuk Seri Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ke Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohamad Yusof Apdal

Menteri Luar Negeri ke Menteri Pendidikan Tinggi

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Timbalan Menteri Sumber Manusia ke Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Timbalan Menteri Perpaduan

K Sarawathy

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi

Datuk Chan Foong Hin

Timbalan Menteri Kerja Raya ke Timbalan Menteri Sumber Manusia

Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

KEMENTERIAN BAHARU

Kementerian Peralihan tenaga dan Daya Guna Awam

Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (yang juga bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak)

Timbalan Menteri, Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Menteri, Nik Nazmi Nik Ahmad

Timbalan Menteri, Datuk Seri Huang Tiong Sii

Kementerian Komunikasi

Menteri, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

Timbalan, Teo Nie Ching

Kementerian Digital

Menteri, Gobind Singh Deo

Timbalan, Datuk Ugak Anak Kumbong
@sinarharianonline

Lima bekas menteri membuat kemunculan kembali dalam rombakan Kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini #fyp #Kabinet #RombakanKabinet #PMX #IstanaNegara

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!