JPS sedut air di kawasan Zayn Rayyan ditemui, cari bukti baharu

Anggota Unit Forensik PDRM menjalankan siasatan di lokasi Zayn Rayyan ditemui.
Anggota Unit Forensik PDRM menjalankan siasatan di lokasi Zayn Rayyan ditemui.
A
A
A

PETALING JAYA - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membantu pihak polis menyedut air di kawasan anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.

Sinar Harian difahamkan kerja-kerja berkenaan dijalankan sebagai usaha untuk mencari bahan bukti berkaitan pembunuhan mangsa.

Sebelum itu, anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat tiba kira-kira jam 11.45 pagi di sini.

Anggota Unit Forensik PDRM tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.45 pagi pada Selasa.
Anggota Unit Forensik PDRM tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.45 pagi pada Selasa.

Turut kelihatan beberapa kakitangan JPS yang turut hadir sebelum kerja mengepam air dijalankan.

Pengamal media yang berada di sekitar lokasi bagaimanapun tidak dibenarkan menghampiri lokasi berkenaan.

Pada Isnin, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, polis mengesyaki hanya seorang individu terlibat dalam kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Hussein berkata, ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan yang ditemukan pada tubuh mangsa.

Artikel Berkaitan:

Kata beliau, polis juga sedang meneliti rakaman video kamera papan pemuka yang diperoleh daripada beberapa pemilik kenderaan yang merupakan penghuni Apartmen Idaman untuk membantu siasatan.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas dan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di apartmen berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!