100 gajah mati akibat kemarau

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

HARARE - Sekurang-kurangnya 100 ekor gajah mati di Taman Negara Hwange di Zimbabwe akibat kemarau yang disebabkan oleh El Nino, kata kumpulan kebajikan dan pemuliharaan haiwan antarabangsa pada Isnin.

Menurut kenyataan Dana Antarabangsa bagi Kebajikan Haiwan (IFAW), El Nino berterusan mengakibatkan hujan lewat lima minggu di taman hidupan liar terbesar yang menempatkan kira-kira 45,000 gajah di Zimbabwe.

"Sekurang-kurangnya 100 ekor gajah dilaporkan mati akibat kekurangan air," katanya.

Organisasi itu berkata, sebanyak 104 telaga tiub berkuasa solar di taman itu tidak mampu memenuhi keperluan hidupan liar yang terpaksa berjalan jauh untuk mencari makanan dan air. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!