'Saya terima keputusan PM' - Sivakumar

Sivakumar
Sivakumar
A
A
A

IPOH - Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar akur dengan penggugurannya sebagai anggota Kabinet.

Beliau mengakui sudah melaksanakan tugas sebaik mungkin sepanjang tempoh setahun berkhidmat sebagai Menteri Sumber Manusia.

"Saya terima keputusan Perdana Menteri (menggugurkan beliau dari Kabinet). Saya telah buat yang terbaik untuk KSM (Kementerian Sumber Manusia) dalam tempoh satu tahun.

"Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh warga KSM yang sentiasa bekerja sama dengan saya," katanya dalam satu kenyataan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian pada Selasa.

Terdahulu Anwar mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan pertukaran beberapa portfolio dan lantikan menteri serta timbalan menteri baharu.

Kementerian Sumber Manusia kini diterajui Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan II.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia juga turut disandang muka baharu iaitu Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!