Kompleks KDN Melaka lengang

Hanya beberapa orang warga asing yang duduk dan berehat di kaki lima bangunan tersebut.
Hanya beberapa orang warga asing yang duduk dan berehat di kaki lima bangunan tersebut.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Keadaan persekitaran Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka di Ayer Keroh yang sebelum ini 'dibanjiri' warga asing dilihat lengang hari ini.

Beberapa hari lalu ramai warga asing memenuhi kawasan berkenaan bagi memohon program 'Back For Good' di Jabatan Imigresen Melaka.

Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya beberapa sahaja Pendatang Tanpa izin (PATl) yang baring dan duduk di kaki lima kompleks itu.

Kompleks KDN Ayer Keroh lengang berbanding keadaan sebelum ini.
Kompleks KDN Ayer Keroh lengang berbanding keadaan sebelum ini.

Seorang PATI warga Indonesia yang dikenali sebagai Rezki, 29, berkata, dia menemani rakannya untuk berurusan di Jabatan Imigresen.

"Keadaan tidak lagi 'ribut' seperti sebelum ini dan Jabatan Imigresen berusaha memberikan yang terbaik kepada kami

"Jumaat lalu saya terpaksa beratur agak panjang hingga ke luar tetapi hari ini jauh berbeza dan tidak ramai yang datang.

"Apa kerajaan Malaysia buat perlu hargai, sekurang-kurangnya kami dapat pulang segera ke kampung halaman. Walaupun ada kesukaran tetapi penting untuk mendapatkan visa dan kelulusan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!