Pemenang 'Squid Game: The Challenge' masih menanti hadiah

Whelan mendakwa sedutan pada akhir episod yang menunjukkan wang tersebut telah dikreditkan ke dalam akaunnya hanyalah ‘drama’.
Whelan mendakwa sedutan pada akhir episod yang menunjukkan wang tersebut telah dikreditkan ke dalam akaunnya hanyalah ‘drama’.
A
A
A

PEMENANG sulung Squid Game: The Challenge, Mai Whelan masih menanti hadiah kemenangan program itu iaitu wang tunai berjumlah AS$4.56 juta (RM21.26 juta) biarpun sudah lebih 10 bulan memenanginya.

Whelan, menjadi juara pertama program yang diiilhamkan dari karya fenomena Korea Selatan, Squid Game, mengalahkan 455 peserta.

Biarpun pada akhir episod ditunjukkan sedutan wang tersebut telah dikreditkan ke dalam akaunnya, tetapi ia hanyalah ‘drama’.

Menerusi temu bual bersama The Sunday Times, Whelan berkata, dia masih belum menerima hadiah tersebut, meskipun penggambaran sudah selesai pada Februari 2023.

Wanita berusia 55 tahun yang juga veteran Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat itu tidak boleh berkongsi wang kemenangannya dengan peserta lain.

Whelan sanggup mengeluarkan duit simpanannya untuk membeli sut jenama terkenal dan sepasang kasut rekaan Jimmy Choo untuk digayakan pada episod akhir program itu.
Whelan sanggup mengeluarkan duit simpanannya untuk membeli sut jenama terkenal dan sepasang kasut rekaan Jimmy Choo untuk digayakan pada episod akhir program itu.

"Saya merancang untuk membeli hartanah dan menyumbangkan wang itu kepada badan amal untuk komuniti kurang bernasib baik, hidupan liar dan perubahan iklim.

"Saya rasa seperti Tom Cruise dalam Jerry McGuire. Tunjukkan wang itu!" ujarnya dalam wawancara itu.

Artikel Berkaitan:

Pendedahan Whelan itu secara tidak langsung terus memberi kritikan masyarakat terhadap program berkenaan.

Bagaimanapun sumber terdekat dengan produksi program itu mendakwa, wang kemenangan itu akan diberikan selepas 10 episod Squid Game selesai ditayangkan di Netflix.

Sebelum ini, kebanyakan berpendapat, naskhah berkenaan bukan idea baik untuk diangkat ke program realiti kerana jelas memperlihatkan eksploitasi masyarakat berkedudukan tinggi dengan golongan miskin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!