Enam maut nahas akibat kabus tebal di India

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk dua kanak-kanak, maut manakala lima lagi cedera apabila kenderaan yang mereka naiki terhumban ke dalam sebuah terusan di negeri Uttar Pradesh di utara India pada lewat Ahad malam, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Nahas itu dilaporkan berlaku susulan kabus tebal di daerah Greater Noida yang menyebabkan kenderaan malang tersebut terbabas disebabkan tahap penglihatan yang buruk sebelum terhumban ke dalam terusan.

"Sejumlah 11 orang berada dalam kereta Maruti Ertiga itu, yang terhumban ke dalam terusan Kherli di kawasan Dankaur.

Mereka telah dikejarkan ke sebuah hospital dan doktor telah mengisytiharkan bahawa enam daripada mereka meninggal dunia manakala lima yang lain sedang menjalani rawatan," lapor media yang memetik kenyataan seorang jurucakap polis negeri.

Kabus tebal telah dilihat di banyak bahagian di utara India, yang mengakibatkan tahap penglihatan yang buruk dan menyebabkan sejumlah besar penerbangan serta perjalanan kereta api ditangguhkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!