Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis periksa lagi rumah ke rumah
PETALING JAYA - Pemeriksaan rumah ke rumah dijalankan bagi menjalankan siasatan berhubung kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan berkenaan dijalankan bagi mengesan dan mengumpul lebih banyak bukti yang boleh membantu siasatan.
"Pemeriksaan malam ini melibatkan anggota daripada Unit Forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)," katanya pada Selasa.
Terdahulu, beberapa kenderaan Polis Diraja Malaysia(PDRM) termasuk Unit Forensik dilihat memasuki sekitar pekarangan blok sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kenderaan berkenaan dilihat memasuki kawasan blok di sini kira-kira jam 7.55 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!