Seni dan budaya Islam perlu diperkasa di bawah konsep Malaysia Madani

Anwar ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun ke-25 Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) dan Pameran 'Perjalanan Menelusuri Seni Islam' dan 'Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim di Muzium MKIM malam ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Karya seni dan budaya Islam harus terus diperkasakan di bawah konsep Malaysia Madani, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, konsep Madani bukan hanya bermakna untuk membangunkan ekonomi tetapi juga membangunkan seni dan budaya Islam kerana ia merupakan antara yang menjadi tunggak kebangkitan di rantau ini.

Justeru, beliau berharap supaya rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk memanfaatkan sepenuhnya Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) yang mempamerkan mengenai sejarah kesenian dan kebudayaan Islam.

"Saya juga berbisik kepada (Menteri Komunikasi) Fahmi Fadzil supaya kita hebahkan lagi (MKIM) untuk ia menjadi tarikan tersendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pameran "Perjalanan Menelusuri Seni Islam” dan "Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim” di MKIM, di sini malam ini.

Anwar bersama isteri Dr Wan Azizah melawat ruang pameran pada Sambutan Ulang Tahun ke-25 MKIM dan Pameran 'Perjalanan Menelusuri Seni Islam' dan 'Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim di Muzium MKIM malam ini. - Foto Bernama

Kedua-dua pameran itu dilancarkan sempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 MKIM dengan majlis pelancaran itu dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fahmi dan Pengarah MKIM, Syed Mohamad Albukhary.

Mengenai ulang tahun ke-25 MKIM, Anwar mengucapkan tahniah di atas penubuhannya dan memuji usaha muzium itu, termasuk Yayasan Albukhary yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan dan kerancakan dunia seni Islam di Malaysia.

"Saya tidak ingat berapa kali pelawat menanyakan saya mengenai muzium ini sebelum saya berpeluang memuji tarikannya.

Artikel Berkaitan:

"Sama ada untuk orang Islam atau mereka daripada agama lain, pengetahuan mengenai kebudayaan Islam seharusnya direkodkan dan disimpan,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!