Berita pilihan September 2019
1. Dia anak yang menyenangkan: AR Badul (2,137,657 bacaan)
SHAH ALAM - Pelawak veteran, AR Badul yang terkejut dengan kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, menggambarkan Allayarham seorang anak yang mesra dan menyenangkan.
Kata Badul, beliau menerima berita kematian anak sulung daripada dua beradik hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya yang berasal dari Sabah itu selepas dihubungi menantunya.
2. Nasir terkilan Amy tak sempat beri penghormatan terakhir kepada Yazit (1,895,082 bacaan)
PEMAIN gitar bass Kumpulan Search, Nasir Taib mengakui terkilan penyanyi utama kumpulan itu, Suhaimi Abdul Rahman atau dikenali Amy Search tidak sempat pulang dari Jakarta, Indonesia bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemain dram, Allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia.
Nasir yang juga pengasas utama kumpulan rock terkemuka tanah air bersama Allahyarham Yazit berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Amy hari ini menyuarakan permohonan maaf kepada beliau, ahli Kumpulan Search lain dan ahli keluarga Allahyarham kerana tidak sempat pulang disebabkan tuntutan kerja.
3. Misteri 'lembaga putih' di jambatan angkat terjawab (1,183,959 bacaan)
KUALA TERENGGANU - Misteri gambar 'lembaga putih' yang berada di sebuah menara jambatan angkat atau drawbridge di sini akhirnya terjawab.
Pemilik asal gambar yang tular di media sosial itu tampil memberikan penjelasan kepada Sinar Harian bahawa gambar berkenaan disunting menggunakan teknik superimpose photoshop.
Menurutnya, gambar itu diambil awal pagi Sabtu lalu sempena Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud.
4. 'Sebelum pergi selamanya, dia cuba jauhkan diri daripada saya' (538,786 bacaan)
KUALA LUMPUR - Sedu-sedan dan esakan tangis Nour Shafinar Harun,31, isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak terbendung lagi apabila mengenangkan suami tercinta pergi untuk selamanya.
Berkongsi pilunya, Nour Shafinar berkata, sewaktu suaminya berlepas ke Sabah pada 26 Ogos lalu, tiada perubahan ketara namun, dia merasakan suaminya cuba menjauhkan diri daripadanya.
5. Calon UPSR ditemukan mati tergantung (413,695 bacaan)
KULIM - Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ditemukan mati tergantung di atas katil dua tingkat di Taman Nenas.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, kanak-kanak lelaki itu tinggal bersama ibunya berusia 50 tahun dan dua lagi adik-beradik berusia 8 dan 14 tahun.
Menurutnya, dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang hingga 7 petang itu, ibu mangsa berada di ruang tamu, manakala mangsa bermain bersama adik dan abangnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!