Lionel Messi-Cristiano Ronaldo kembali berentap Februari depan
LIONEL MESSI dan Cristiano Ronaldo bakal bersemuka sekali lagi apabila Inter Miami menentang Al-Nassr dalam perlawanan persahabatan pramusim di Arab Saudi Februari depan.
Miami antara kelab Major League Soccer (MLS) yang dimiliki oleh David Beckham itu, telah menambah satu lagi perlawanan dalam perjalanan mereka ke negara itu dan mengatur pertemuan dengan Al-Nassr yang diketuai Ronaldo pada 1 Februari selepas menentang Al-Hilal pada 29 Januari, dengan kedua-dua perlawanan menjadi sebahagian daripada jadual kejohanan pemanas badan, Piala Riyadh.
Kedua-dua G.O.A.T. itu pernah bersemuka sebanyak 35 kali dengan Messi menang sebanyak 16 kali manakala Ronaldo 10 kali.
Penyerang Argentina itu telah menjaringkan 21 gol dalam perlawanan itu hanya lebih satu jaringan daripada Ronaldo.
Persaingan antara pasangan itu telah menjadi tajuk utama sejak 15 tahun lalu dan saling mendominasi Ballon d’Or selama sedekad di antara 2008 dan 2017.
Messi kini mendahului rekod pertemuan 8-5, setelah meraih anugerah seterusnya Oktober lalu selain membawa Argentina menjulang kejuaraan Piala Dunia 2022.
Ronaldo menyertai Al-Nassr pada awal tahun ini manakala Messi berkelana ke Miami pada Julai lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!