Kerajaan pastikan PITA 1967 kekal relevan

Hui Ying - Foto Bernama
Hui Ying - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengadakan libat urus dengan syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia, Petronas dan juga pemain antarabangsa bagi memastikan sistem Cukai Pendapatan Petroleum (PITA 1967) kekal relevan kepada industri huluan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa semakan untuk menyemak semula PITA 1967.

"Kajian juga dibuat dengan melihat amalan percukaian terbaik di luar negara dan sudut hasil kepada negara,” katanya semasa menggulung Rang Undang-Undang Kewangan (No.2) 2023, di Dewan Negara, pada Rabu.

Mana-mana organisasi yang menjalankan operasi utama petroleum di negara ini akan dikenakan PITA 1967.

Sejak 2010, sistem taksiran di bawah PITA telah berubah kepada berasaskan tahun semasa dan sistem taksiran sendiri. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!