Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor KUIJSI

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Rabu berkenan dimasyhurkan sebagai Canselor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) pada Majlis Konvokesyen KUIJSI ke-21, di sini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim

A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Rabu berkenan dimasyhurkan sebagai Canselor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) pada Majlis Konvokesyen KUIJSI ke-21, di sini.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi Baginda pada Rabu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani pula dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor, pada majlis sama.

Hantaran itu memaklumkan majlis yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, turut menyaksikan pemasyhuran naik taraf Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai KUIJSI yang turut disempurnakan Sultan Ibrahim.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (berdiri, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani pula dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor, pada majlis sama. - Foto Facebook Sultan Ibrahim

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Canselor kepada Nurul Shafiqah Mohd Azman.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam ucapan pada majlis itu berkata, negeri itu sangat bertuah kerana bernaung di bawah Sultan Ibrahim yang sentiasa meletakkan keutamaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negeri.

"Kesultanan Johor seawal 1902 telah menitikberatkan pendidikan termasuk pendidikan agama. Pada tahun 1902, peraturan telah dikeluarkan dengan mewajibkan pendidikan diberikan kepada kanak-kanak seawal usia tujuh tahun.

"Selain itu, Kesultanan Johor memandang bahawa Pendidikan Islam bukanlah hanya bersifat keagamaan semata-mata tetapi juga meliputi keseluruhan aspek kehidupan,” kata Onn Hafiz.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis yang sama, 508 graduan menerima sijil diploma. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!