Donald Tusk angkat sumpah sebagai PM Poland
WARSAW - Donald Tusk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Poland di hadapan Presiden Andrzej Duda pada Rabu, lapor Sptunik memetik kenyataan pejabat presiden.
Pada Selasa, Dewan Rakyat Poland Sejm meluluskan undi percaya ke atas kerajaan Tusk.
Upacara itu berlangsung di Istana Presiden.
Barisan Kabinet Tusk turut mengangkat sumpah jawatan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!