Penalti shoot-out kecewakan Young Tigers

Antara aksi menarik pertemuan Malaysia menentang Belgium di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi.- Foto FB MHC
Antara aksi menarik pertemuan Malaysia menentang Belgium di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi.- Foto FB MHC
A
A
A

MALAYSIA terpaksa menelan keperitan apabila tewas 3-5 kepada Belgium menerusi penentuan penalti shoot-out dalam aksi klasifikasi kesembilan hingga ke-12 Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Ia adalah kekecewaan kedua terpaksa dihadapi Young Tigers apabila gagal mengakhiri kejohanan kali ini di tangga kesembilan keseluruhan selepas mereka kempunan sasaran awal untuk mara ke peringkat suku akhir.

Skuad The Young Tigers kendalian Muhammad Amin Rahim itu seharusnya menyalahkan diri sendiri selepas gagal menghasilkan sebarang gol dalam kesemua lapan pukulan sudut penalti.

Perlawanan yang ditangguhkan kira-kira 40 minit akibat cuaca hujan lebat itu diheret sehingga penentuan shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat masa sebenar.

Belgium yang tampil selaku naib juara edisi 2016 terlebih dahulu memperoleh jaringan pembukaan menerusi gol padang Max Luyten pada minit ke-28.

Belgium terus selesa di depan apabila menambah jaringan kedua hasil pukulan sudut penalti yang disudahkan Hugo Labouchere pada minit ke-36.

Berselang seminit kemudian, Young Tigers akhirnya berjaya memperoleh jaringan yang dicari-cari apabila Adam Ashraf meledak gol menerusi gol padang pada minit ke-37.

Jaringan itu ternyata membangkitkan semangat Malaysia menambah jaringan dan hasilnya, Mohammad Harris Iskandar Osman berjaya menyempurnakan penalti stroke pada minit ke-51.

Artikel Berkaitan:

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia bakal menentang pemenang antara Afrika Selatan dan New Zealand dalam aksi klasifikasi ke-11 hingga ke-12 pada Jumaat ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!