Pendidikan rasuah tak wajar dihadkan sebagai silibus pembelajaran

Nurhayati semasa Wacana Siri 423 yang bertajuk Rasuah Robek Budaya Bangsa yang dihoskan oleh Ismail Adnan sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023 di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu. - Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor
Nurhayati semasa Wacana Siri 423 yang bertajuk Rasuah Robek Budaya Bangsa yang dihoskan oleh Ismail Adnan sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023 di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu. - Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SHAH ALAM - Pendidikan rasuah tidak wajar dihadkan sebagai silibus pembelajaran di sekolah secara formal semata-mata bagi membentuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin berkata, ia berikutan silibus berkenaan mungkin menjadi satu pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan oleh pelajar.

“Sedikit kebimbangan saya, kalau berjaya menjadi sebahagian silibus, bagaimana sekiranya mereka (pelajar) terus lupa selepas tamat sahaja peperiksaan sedangkan tujuan asal untuk ia kekal di dalam hati?

“Dalam keadaan ini, tugas Rasuah Busters menjadi sukar. Kita kena berhati-hati untuk menjadikan ia sebagai pendidikan formal terutamanya berkaitan subjek yang sememangnya lahir daripada fitrah seperti kejujuran, bercakap benar dan sebagainya.

No Image Caption

“Tiga perkara yang menjadi punca kepada rasuah iaitu keinginan, tamak dan peluang semestinya tidak perlu berada dalam silibus malah terhenti setakat pendidikan formal ini sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Siri 423 yang bertajuk Rasuah Robek Budaya Bangsa yang dihoskan oleh Ismail Adnan sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023 di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Turut menjadi panelis, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Tambah Nurhayati, pembinaan karakter bangsa seharusnya menjadi benteng penghalang kepada rasuah daripada menembusi budaya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Kalau kita berpegang teguh kepada asal usul dan kemajmukan yang dibina sejak dahulu, ia menjadi benteng kepada agama serta bangsa untuk tidak membenarkan perbuatan rasuah.

“Sebenarnya Rukun Negara terbina bukan sekadar untuk kita meneruskan kehidupan selepas peristiwa pada 1969 tetapi formula kejayaan menyelesaikan konflik.

“Kenapa kita tidak gunakan Rukun Negara sebagai benteng pertahanan untuk membentuk budaya Malaysia itu sendiri?” ujarnya.

Menurut Nurhayati, Rasuah Busters turut menggalakkan masyarakat menjadi mata dan telinga dalam melaporkan kegiatan rasuah yang berlaku untuk menstabilkan ekonomi serta menyelamatkan hak-hak sosial.

Wacana Sinar Harian bertajuk Rasuah Robek Budaya Bangsa menampilkan Ismail Adnan (kiri) sebagai hos manakala Nurhayati Nordin dan Badlishah Sham Baharin sebagai panelis di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor
Wacana Sinar Harian bertajuk Rasuah Robek Budaya Bangsa menampilkan Ismail Adnan (kiri) sebagai hos manakala Nurhayati Nordin dan Badlishah Sham Baharin sebagai panelis di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor

“Ketika undang-undang tidak sepenuhnya melindungi pemberi maklumat, kami ketengahkan beberapa perkara ke peringkat Parlimen untuk dibuat pindaan seksyen berkaitan seperti Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

“Ini kerana, perlindungan berkenaan perlu diberikan kepada mereka yang memberi maklumat setakat mana diperlukan. Jadi, masyarakat berasa selamat untuk menyalurkan sebarang info diperlukan,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!