Autisme yang perlu kita kenal

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

SEMALAM genap seminggu kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin Zaim yang menggemparkan negara.

Anak istimewa, permata dalam keluarga Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf itu dilaporkan hilang di kawasan apartmen di Damansara pada 5 Disember lalu.

Pencarian lebih 24 jam bagaimanapun berakhir dengan tangisan keluarga apabila jasad Zayn Rayyan ditemukan di tepi sungai berdekatan kawasan kediaman mereka.

Rentetan itu, rakyat Malaysia semakin cakna terhadap sisi anak-anak autisme.

Berita mengenai kematian dan siasatan lanjut terhadap kes Zayn Rayyan menjadi perdebatan di pelbagai platform media sosial termasuk akhbar.

Namun, tahukah kita, anak-anak autisme ini memerlukan penjagaan yang khusus dan perlu diberi bantuan seawal-awalnya oleh ibu bapa mahupun penjaga mereka?

Apakah di Malaysia sudah lengkap fasiliti, rawatan dan bantuan untuk membina pertumbuhan anak-anak autisme ini agar mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri di kemudian hari?

Pelbagai persoalan timbul apabila membabitkan penjagaan dan perawatan terhadap anak-anak istimewa itu.

Semua orang perlu mengetahui bahawa autisme mempunyai beberapa jenis dan tidak semua penghidapnya suka mencederakan diri sendiri serta orang lain.

Artikel Berkaitan:

Hanya doktor yang berkebolehan mengenal pasti jenis-jenis autisme dihadapi seseorang individu itu.

Ada empat jenis autisme iaitu sindrom Asperger, kecelaruan perkembangan pervasif-tidak dinyatakan sebaliknya (PDD-NOS), kecelaruan disengratif kanak-kanak (CDD) dan kecelaruan autistik.

Difahamkan, Allahyarham Zayn Rayyan menghidap autisme non-verbal yang menyukarkan untuk bertutur seperti kanak-kanak seusianya.

Itu ada sebahagian fakta mengenai autisme. Akan tetapi kesan autisme terhadap keluarga dan masyarakat sekeliling perlu juga diambil kira.

Tidak semua faham keluarga yang memiliki anak istimewa itu menghadapi tekanan kuat dari setiap sudut.

Ia membabitkan kos mengurus, pendidikan dan fasiliti untuk keselesaan anak tersebut.

Di Malaysia, sememangnya sudah ada pendidikan khas buat anak-anak autisme ini, namun kosnya amatlah tinggi.

Ibu bapa juga tidak boleh terlalu leka dan melayan anak autisme seperti kanak-kanak normal lain. Setiap pergerakan mereka perlu dipantau dan amat sukar untuk berdikari.

Diharapkan masyarakat khasnya Malaysia mampu menjadi lebih terbuka dengan anak-anak istimewa ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!