Bung Moktar hadir Perhimpunan Agung Tahunan Warisan

Bung Moktar dilihat hadir pada perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan di Dewan Hakka Likas, Kota Kinabalu.
Bung Moktar dilihat hadir pada perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan di Dewan Hakka Likas, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kehadiran Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan (Warisan) menguatkan lagi desas-desus wujudnya kerjasama antara kedua-dua parti menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Bung Moktar bersama barisan pimpinan UMNO Sabah tiba sekitar jam 9 pagi Khamis di Dewan Hakka Likas di sini sebagai tetamu jemputan perhimpunan yang dirasmikan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Perhimpunan Agung Tahunan Warisan dirasmikan oleh Mohd Shafie.
Perhimpunan Agung Tahunan Warisan dirasmikan oleh Mohd Shafie.

Selain UMNO Sabah, wakil daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Sabah turut dilihat hadir sebagai jemputan pada perhimpunan tersebut.

Untuk rekod, Mohd Shafie dalam kenyataannya sebelum ini berkata, Warisan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain termasuk UMNO.

Bung Moktar bersama barisan pimpinan UMNO Sabah tiba sekitar jam 9 pagi Khamis di Dewan Hakka Likas.

Malah kerjasama awal mereka juga dapat dihidu apabila gerakan cuba menjatuhkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada kemelut politik awal tahun ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!