Tesla panggil balik 2 juta kenderaan, isu keselamatan 'autopilot'

Tesla memanggil semula lebih 2 juta kenderaan elektriknya di AS untuk memasang perlindungan baharu bagi sistem kawalan autopilot.
Tesla memanggil semula lebih 2 juta kenderaan elektriknya di AS untuk memasang perlindungan baharu bagi sistem kawalan autopilot.
A
A
A

TESLA memanggil semula lebih 2 juta kenderaan elektriknya di Amerika Syarikat (AS) untuk memasang perlindungan baharu bagi sistem kawalan pandu auto (autopilot).

Ia berikutan kebimbangan daripada Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) tentang kemungkinan penyalahgunaan keselamatan.

NHTSA, setelah menyiasat Tesla selama lebih dua tahun, mempersoalkan sama ada sistem itu memastikan penglibatan pemandu secukupnya.

Dalam pada itu Tesla mengakui dalam pemfailan bahawa kawalan 'autopilot' semasa "mungkin tidak mencukupi untuk mencegah penyalahgunaan pemandu" yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan.

Untuk menangani kebimbangan ini, Tesla bersedia untuk menggunakan perisian 'over-the-air' untuk "menggabungkan kawalan dan amaran tambahan" dalam kenderaan yang terjejas.

Hasratnya adalah untuk mengukuhkan ciri 'autosteer', yang dinikmati pemandunya ketika ini.

Tesla bagaimanapun tidak mengulas sama ada penarikan semula itu akan dilakukan di luar AS. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!