Perak banjir kembali, 20 mangsa berlindung di PPS

Sebanyak 20 mangsa banjir daripada 10 keluarga di Larut Matang dan Selama dipindahkan ke sebuah PPS malam Rabu. - Gambar hiasan
Sebanyak 20 mangsa banjir daripada 10 keluarga di Larut Matang dan Selama dipindahkan ke sebuah PPS malam Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Sebanyak 20 mangsa banjir daripada 10 keluarga di Larut Matang dan Selama dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam Rabu susulan hujan lebat lewat petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak memaklumkan kesemua mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Matang Gelugor itu ditempatkan di PPS Masjid Al-Wusta, Batu 8.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di kawasan Hulu Perak pada Khamis.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan aras Sungai Bidor di Changkat Jong pula melepasi paras bahaya dengan 3.57 meter pagi ini berbanding paras normal iaitu 2 meter. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!