Pegawai perlawanan negara terus dapat kepercayaan

Stuart
Stuart
A
A
A

PEGAWAI perlawanan negara terus mendapat pengiktirafan apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melantik dua pegawai perlawanan negara untuk bertugas sepanjang pusingan akhir Kejuaraan Bawah 23 (B-23) tahun AFC 2020 bermula 8 hingga 26 Januari depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehubungan itu bersetuju menghantar Pengadil FIFA, Amirul Izwan Mohd Yaacob dan Penolong Pengadil FIFA, Mohd Yusri Muhamad bagi tugasan itu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, Amirul dan Yusri akan berlepas ke Bangkok Khamis ini bagi memulakan tugas dan membuat persediaan menjelang sepak mula kejohanan, dengan aksi pembukaan Kumpulan A, pada 8 Januari melibatkan perlawanan Iraq bertemu Australia dan tuan rumah Thailand menentang Bahrain.

“FAM berharap mereka dapat menjalankan tugas masing-masing dengan sebaik mungkin, bagi memastikan para pegawai perlawanan dari Malaysia terus mendapat tempat dan kepercayaan di peringkat antarabangsa pada masa akan datang,” katanya menerusi kenyataan.

Kejuaraan B-23 AFC 2020 bakal berlangsung di tiga bandar di Thailand iaitu Bangkok, Songkhla dan Buriram, melibatkan 16 pasukan, dan Malaysia gagal melayakkan diri ke kejohanan itu.

Ini bukan kali pertama pegawai dari Malaysia mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, apabila beberapa pegawai seperti Subkhiddin Mohd Salleh, Mat Lazim Awang Hamat dan Allahyarham Kapten (B) Abdul Halim Abdul Hamid pernah bertugas di peringkat Piala Dunia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!