MAMPU akan ditempatkan di bawah Kementerian Digital

Gobind mengadakan lawatan ke MAMPU di Kompleks Setia Perdana, pada Khamis. Turut hadir Mohd Zuki (kanan) dan Rodzi. - Foto Bernama
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Gobind mengadakan lawatan ke MAMPU di Kompleks Setia Perdana, pada Khamis. Turut hadir Mohd Zuki (kanan) dan Rodzi. - Foto Bernama --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

PUTRAJAYA - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan ditempatkan di bawah Kementerian Digital yang baru dibentuk, kata Menterinya, Gobind Singh Deo.

Gobind bersama pengurusan tertinggi MAMPU yang diketuai Rodzi (kiri).
Gobind bersama pengurusan tertinggi MAMPU yang diketuai Rodzi (kiri).

MAMPU sebelum ini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"MAMPU pastinya di bawah kementerian saya," kata Gobind yang baru dilantik menerajui kementerian itu kepada Bernama, selepas mengadakan lawatan ke pejabat MAMPU di Kompleks Setia Perdana di sini pada Khamis.

Gobind diiringi Timbalan Menterinya, Datuk Ugak Anak Kumbong dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. Mereka juga diberi taklimat mengenai struktur dan operasi MAMPU oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Rodzi Md Saad.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan penstrukturan semula Kementerian Komunikasi dan Digital yang dipecahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Gobind berkata, masih ada aspek tertentu yang perlu dijelaskan dan diperhalusi dari segi skop kerja yang berada di bawah Kementerian Digital.

"Memandangkan kementerian ini baharu, bidang yang ditugaskan dan agensi mana yang berada di bawah kita perlu diperhalusi," katanya dan menambah beliau mungkin akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MYNIC Bhd dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi juga akan dipindahkan ke Kementerian Digital. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!