Pemandu lori maut tersepit nahas babit 10 kenderaan

Anggota bomba sedang menjalankan usaha mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 457.9 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Rabu.
Anggota bomba sedang menjalankan usaha mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 457.9 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan dalam kejadian di Kilometer 457.9 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintenden M Hussein Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian itu diterima Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira jam 10.50 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas sebuah kereta jenis Nissan Almera dipandu seorang lelaki berumur 24 tahun telah terbabas sebelum melanggar beberapa kenderaan lain.

"Dalam masa yang sama, sebuah lori jenis Mercedes Benz cuba mengelak kemalangan tersebut menyebabkan sebuah lagi lori jenis Volvo di belakang telah melanggarnya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis

Antara yang terlibat dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan di Kilometer 457.9 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Rabu.
Antara yang terlibat dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan di Kilometer 457.9 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Rabu.

M Hussin berkata, pemandu lori jenis Mercedes Benz yang dilanggar telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit pada kenderaannya.

“Kesemua yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan dan mangsa yang maut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

“Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!